Sara Hidup 2025

Bantuan Sara Hidup 2025: Semakan & Panduan Permohonan

Memandangkan isu ekonomi di Malaysia kini semakin meruncing, rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan boleh membuat permohonan Bantuan SARA 2025 yang akan disalurkan setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seisi keluarga. Program ini memberi fokus kepada keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi dan mereka yang tergolong dalam kategori miskin. Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

πŸ“’ Sertai Group WhatsApp Bantuan Terkini

Dapatkan info terkini mengenai bantuan kerajaan, bayaran STR, dan kemaskini MyKasih terus ke WhatsApp anda.

πŸ‘‰ Klik Sini Untuk Sertai Sekarang

Seiring dengan peningkatan kos hidup dan cabaran ekonomi di Malaysia, kerajaan telah menyediakan Bantuan Sara Hidup 2025 untuk membantu rakyat yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan isi rumah dan individu dengan memberikan sokongan kewangan untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan. Di bawah ini, kami akan memberikan panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, cara semakan status, kadar pengkreditan bulanan, serta senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini.

baca lagi : Semakan Status SARA 2026

Apakah Bantuan Sara Hidup 2025?

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 adalah bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad penerima yang berdaftar dan boleh digunakan di pasaraya atau kedai runcit yang berdaftar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, teruskan pembacaan!

Bantuan Sara Hidup 2025 Semakan Panduan Permohonan

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2025

Berikut adalah kriteria penerima yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2025:

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan yang sah.
  • Bersatus eKasih, iaitu penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih sebagai miskin tegar.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada kategori isi rumah, bujang, dan warga emas tanpa pasangan.
  • Bukan eKasih, penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan).

Semakan Status Penerima Bantuan Sara Hidup 2025

Anda boleh menyemak status kelayakan bantuan dengan mengikuti langkah-langkah berikut melalui portal MyKasih atau MySTR:

Panduan Semakan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal MyKasih.
  2. Klik pada butang Semak Status.
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan kod Captcha.
  4. Klik Semak Status untuk melihat kelayakan dan status bayaran.

Panduan Semakan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal MySTR.
  2. Klik Semak Status dan masukkan nombor MyKad serta Kata Kunci Keselamatan.
  3. Maklumat status kelayakan dan pembayaran akan dipaparkan.

Bantuan Sara Hidup 2025 disalurkan secara bulanan kepada penerima yang layak berdasarkan status mereka dalam pangkalan data eKasih. Berikut adalah kadar bantuan yang diterima:

  • Penerima Berstatus eKasih:
    • Isi Rumah: RM100/bulan (Januari – Mac), RM200/bulan (April – Disember)
    • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM100/bulan (Januari – Mac), RM150/bulan (April – Disember)
    • Bujang: RM50/bulan (Januari – Disember)
  • Penerima Bukan eKasih:
    • Isi Rumah: RM100/bulan (April – Disember)
    • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM50/bulan (April – Disember)

Senarai Barangan Keperluan Asas MyKasih

Bantuan yang diterima melalui MyKad boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan asas seperti berikut:

  • Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza, Cap Ros, BlueKey
  • Bahan Perasa: Sos Puteri, Kimball, Life, Jalen, Cap Kipas Udang
  • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Yoes, Adabi, Kimball
  • Minuman: Tea Boh, Milo, Dutch Lady, Nescafe
  • Mee Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi
  • Biskut: Julies, Tiger, Munchys
  • Minyak Masak: Sri Murni, Saji, Alif
  • Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Detol
  • Ubat-Ubatan: Prospan, Panadol, Sterimar
  • Barangan Sekolah: Stabilo, Faber-Castle, Bata
  • Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza
  • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White
  • Telur: Nutriplus, QL eggs, CP

Hubungi Pihak Berwajib

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup 2025, anda boleh menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut:

Kesimpulan

Bantuan Sara Hidup 2025 adalah langkah kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi. Semoga panduan ini membantu anda dalam membuat semakan dan memahami proses permohonan serta penggunaan bantuan ini. Jika anda layak, pastikan untuk memanfaatkan bantuan ini sepenu.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan SARA Hidup 2025

Bantuan SARA Hidup 2025 adalah bantuan kewangan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan. Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Bantuan ini terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia yang tersenarai dalam sistem eKasih.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk kategori isi rumah, bujang, dan warga emas tanpa pasangan.
  • Mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod eKasih.

Anda boleh membuat semakan status bantuan melalui dua portal utama:

Masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti arahan yang diberikan untuk semakan status kelayakan.

Jumlah bantuan bergantung kepada status penerima:

Warga Emas Tiada Pasangan: RM50 (Apr-Dec)

Penerima eKasih:

Isi Rumah: RM100 (Jan-Mar), RM200 (Apr-Dec)

Warga Emas Tiada Pasangan: RM100 (Jan-Mar), RM150 (Apr-Dec)

Bujang: RM50 sepanjang tahun

Bukan eKasih:

Isi Rumah: RM100 (Apr-Dec)

Penerima bantuan boleh membeli pelbagai barangan keperluan asas seperti:

  • Makanan: Tepung, beras, biskut, mee segera, makanan dalam tin.
  • Minuman: Teh, Milo, Nescafe, F&N.
  • Produk Kebersihan: Colgate, Dettol, Kotex.
  • Ubat-ubatan: Panadol, Prospan, Hurix’s.
  • Barangan Sekolah: Faber-Castell, Stabilo.

Similar Posts